KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DEFINISI FIQH
Fiqh sering digambarkan
sebagai pemahaman dan amalan syariah manusia, iaitu
pemahaman manusia
terhadap hukum Islam ketuhanan seperti yang dinyatakan
dalam Al-Quran dan
Sunnah (ajaran dan amalan nabi Islam Muhammad dan para
sahabatnya). Fiqh
memperluas dan mengembangkan Syariah melalui pentafsiran
(ijtihad) al-Quran dan
sunnah oleh para ahli hukum (ulama) Islam dan dilaksanakan
oleh ketetapan (fatwa)
para ahli hukum mengenai persoalan yang dikemukakan
kepada mereka. Oleh itu,
sedangkan syariah dianggap tidak berubah dan sempurna
oleh umat Islam, fiqh
dianggap salah dan dapat diubah. Fiqh berkaitan dengan
pematuhan ritual, moral
dan perundangan sosial dalam Islam dan juga sistem politik.
Dalam era moden, ada
empat mazhab fiqh terkemuka dalam praktik Sunni, ditambah
dua (atau tiga) dalam
amalan Syiah. Seseorang yang dilatih dalam fiqh dikenali sebagai faqīh (fuqaha
jamak).Secara kiasan, fiqh bermaksud pengetahuan mengenai
ketetapan hukum Islam
dari sumbernya dan memperoleh ketetapan agama dari
sumbernya mengharuskan
para mujtahid (individu yang menjalankan ijtihad) untuk
memiliki pemahaman yang
mendalam dalam perbincangan fikih yang berbeza.
Seorang faqīh mesti
melihat jauh ke dalam suatu masalah dan tidak mencukupi
dirinya hanya dengan
makna yang jelas, dan seseorang yang hanya mengetahui
penampilan sesuatu itu
tidak layak sebagai faqīh.
PERANAN KAEDAH FIQH
Memudahkan pemahaman
terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan
sains teknologi dan
kejuruteraan. Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas
untuk digunapakai bagi
menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan. Setiap
persoalan yang baru
dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk
kepada kaedah fiqh bagi menentukan
hukumnya. Membantu manusia khususnya
para saintis, teknokrat
dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan
isu isu sains teknologi
dan kejuruteraan. Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis,
teknokrat dan jurutera
mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan.
Isu-isu dalam sains,
teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan
kaedah ini bagi
menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat
ilahi. Menyediakan
keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isuisu
kecil dalam sains
teknologi dan kejuruteraan islam. Hukum-hukum yang sudah
diputuskan dalam kaedah
fiqh sangat sesuai untuk menjawab segala persoalan
cabangan atau sampingan
yang timbul dalam sains, teknologi dan kejuruteraan.
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH
BERTEPATAN DENGAN SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Setiap sesuatu itu bergantung kepada tujuannya
· Hadis riwayat Saidina
Umar al-Khattab
"Sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan
sesungguhnya
kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa
yang
diniatkan".
· Niat bermaksud suatu
lintasan dalam hati untuk melaksanakan
sesuatu perkara.
· Fungsi disyariatkan
niat :
- Membezakan ibadat
dengan adat . Contohnya , menyembelih
binatang untuk makan
atau ibadat korban .
- Membezakan ibadat
dengan ibadat lain . Contohnya, ibadat
fardhu atau sunat dan
memberi wang sebagai sedekah atau zakat
Kaitan kaedah fiqh
dengan sains teknologi dan kejuruteraan
· Apa yang boleh
dikaitkan kaedah fiqh ini dengan sains teknologi
adalah kajian , rekaan
dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik
dan menepati syarak.
· Contohnya seperti
penghasilan telefon pintar yang merupakan
salah satu teknologi
terpenting bagi setiap manusia pada generasi
sekarang kerana telefon
pintar yang boleh memudahkan dan
membantu pelbagai kerja
manusia . Dengan wujudnya telefon pintar ini , manusia dapat berhubung antara
satu sama lain serta
mudah untuk mendapatkan
pelbagai maklumat hanya di hujung jari
sahaja. Sebagai contoh,
terdapat banyak aplikasi yang boleh
digunakan seperti google
meet, skype dan lain-lain.
· Selain itu , walaupun
alat teknologi ini telah dihasilkan dengan
tujuan yang baik iaitu
untuk memudahkan pelbagai urusan
manusia , manusia juga
hendaklah menggunakannya dengan niat
yang baik agar tidak
disalahgunakan. Contohnya , tidak
menggunakan telefon
pintar untuk berjudi dan menggodam sistem
negara untuk kepentingan
diri sendiri dan sebagainya yang boleh
merosakkan iman serta
akhlak umat manusia .
kesimpulan yang dapat
kami olahkan , terbuktilah bahawa setiap
perkara yang hendak
dilakukan memerlukan niat dan tujuan yang
baik agar kita tidak
terpesong ke jalan yang salah.
Kesukaran
menjadi sebab kepada kemudahan
dan
keringanan
· Firman Allah SWT dalam
surah al-Hajj : ayat 78
“Dan
ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan
susah
payah
dalam perkara agama”.
· Masaqqah atau
kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam
kaedah ini adalah
merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang
melampaui tahap
kebiasaan bagi manusia normal.
· Antara kesukaran yang
boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan
keringanan
> Kekurangan –
Merujuk kepada kegilaan hingga siuman , kanakkanak
sehingga umur baligh dan
orang yang tidur sehingga ia sedar.
> Sakit - Diberikan
kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk
melunaskan kewajipan.
Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk
bertayammum kerana sakit
yang boleh memudaratkan dirinya andai ia
berwuduk.
Comments
Post a Comment