LAPORAN E-FOLIO PROJEK SAINS DAN PRINSIP SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

POLITEKNIK KOTA BHARU , KELANTAN
TAJUK
PROJEK SAINS : JET HIDRAULIK
NAMA
PENSYARAH : PUAN NORMA BINTI CHE HASAN
JABATAN
: JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
PROGRAM
: DIPLOMA KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
KELAS
: DKM 2B
SESI
: DISEMBER 2020
KUMPULAN
: KUMPULAN 7
AHLI
KUMPULAN :
-MUHAMMAD
ARIF DANIAL BIN ZAMRI
(04DKM20F1040)
-MOHAMAD
ASYRAF HAKIMI BIN MOHAMAD ZULKIFLI
(04DKM20F1032)
-MUHAMMAD
ADAM SOLEHIN BIN MOHD ZAMRI
(04DKM20F1048)
PENGENALAN
Projek yang kami hasilkan ini adalah
dinamakan Jet Hidraulik. Idea projek ini diperoleh daripada perbincangan dan
pencarian maklumat oleh kami sekumpulan melalui youtube,google dan sebagainya.
Setelah berbincang kami sebulat suara bersetuju untuk membuat projek ini.
Jet hidraulik adalah sejenis mesin yang
menggunakan alat hidraulik untuk mengangkat atau menggerakkan objek menggunakan
daya yang dicipta apabila tekanan dikenakan ke atas cecair dalam omboh kemudian
menghasilkan “angkat” dan “kerja”. Teknologi jet hidraulik banyak diaplikasikan
di dalam perindustrian, seperti pembinaan dan pengangkutan. Ia sering
dilaksanakan untuk mengendalikan jentera berat atau bergerak dan mengangkat
objek berat dan besar. Jet Hidraulik ini adalah konsepnya lebih kurang seperti
satu peralatan di bengkel kereta yang digunakan bagi mengangkat kereta untuk
membaiki bahagian bawah kenderaan tersebut dengan lebih mudah. Oleh itu, kami
cuba mengkaji dan mempelajari dengan membuat projek Jet Hidraulik ini untuk
mengetahui dengan lebih lagi bagaimana ia berfungsi dan memberi manfaat kepada
manusia untuk melakukan kerja-kerja berat.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

TIUB AIR - RM2

PICAGARI - RM5

HOT GLUE GUN - RM10

BATANG AIS KRIM - RM2

KOTAK - RM0(kitar
semula)
KELEBIHAN
DAN KEGUNAAN ALAT PROJEK
Kelebihan :
· Sesuai dan efisien
digunakan untuk mengangkat beban yang berat.
· Tidak menjejaskan
perjalanan sistem secara keseluruhan kerana sistem mempunyai tenaga hidraulik
simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.
· Sistem hidraulik mudah
dikawal .
· Boleh mengendalikan
benda kerja yang berat dengan cara terkawal.
· Memudahkan manusia
untuk melakukan kerja dengan lebih cepat .
Kegunaan :
· Digunakan untuk
mengangkat beban yang berat. Hal ini adalah kerana kemampuan komponen-komponen
hidraulik pada kecepatan dan tekanan yang sangat tinggi.
· Digunakan dalam
industri pembangunan dan perkilangan dan sebagainya sebagai sistem pengangkutan
untuk mengangkut barang serta mengangkat beban yang berat.
KAITAN
PROJEK SAINS DENGAN PRINSIP SYARIAH ISLAM
Prinsip
Syariah
· Syariah adalah berasal
dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi
makna jalan yang lurus [al-Jathiyah : 18]
· Syariah dari aspek
istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT
kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW .
· Dipanggil sumber air
kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan
untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi
dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa
syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan
hidup di dunia dan akhirat .
· Terdapat 5 prinsip
syariah iaitu Rabbaniah , Wasatiah , Tawazun , Mizan serta Mutlak dan Murunah .
Wasatiah [ Kesederhanaan ]
· Wasatiah memberi makna
pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan.
Contohnya antara kaya dan miskin. Maka sewajarnya kita mengambil pendirian yang
sederhana dalam menjalani kehidupan di dunia ini seperti dalam mencari harta
dan rezeki yang halal lebih diutamakan.
· Kesederhanaan dalam
syariat pula adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat
sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
· Boleh berlaku
perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan
yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah dilakukan secara berdiri. Ia
diberikan kelonggaran untuk solat duduk bagi yang orang-orang yang sakit.
· Seterusnya , kaitan di
antara projek sains kami iaitu jet hidraulik dengan prinsip syariah wasatiyyah
ini adalah kami mengamalkan kesederhanaan dalam mencipta alat ini . Contohnya ,
kami hanya membelanjakan kos yang rendah dalam mencipta alat ini sepenuhnya .
Antara bahan-bahan projek yang kami gunakan adalah seperti batang aiskrim ,
picagari dan hot glue gun yang harganya sangatlah berpatutan.
· Selain itu ,
bahan-bahan lain yang kami gunakan seperti kotak sebagai tapak untuk meletakkan
alat projek kami adalah hanya menggunakan bahan kitar semula.
· Islam menyarankan kita
untuk bersederhana dalam setiap perkara dan tidak melakukan pembaziran . Di
dalam Al-Quran Allah berfirman di dalam Surah Al-Furqan ayat 67 ; “ Dan (
termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih ) orang yang apabila
meenginfakkan harta mereka tidak berlebihan dan tidak pula kedekut dan adalah
(pembelanjaan itu) di tengahtengah
antara yang demikian”.
· Oleh itu , jelaslah di
sini bahawa projek yang kami cipta ini berkait rapat dengan prinsip syariah
wasatiyyah yang membawa maksud kesederhanaan yang patut kita amalkan .
Rabbaniah [ Ketuhananan ]
. Rabbaniah bermaksud
ketuhanan iaitu segala konsep,hukum,peraturan,nilai dan prinsip yang terkandung
dalam islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis yang sahih.
· Prinsip syariah yang
pertama ini menjelaskan syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah
swt. Ini bermakna kita tidak boleh mengubah apa pun yang terkandung dalam
prinsip syariah ini. Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah,ibadat dan
muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
· Alam yang terbentang
luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi
peraturan Allah swt. Ini bermaksud bahawa manusia dibenarkan untuk menerokai
apa sahaja khazanah yang terdapat di alam ini dengan syarat kita perlu
menjaganya dengan baik dan tidak memusnahkannya sesuka hati.
· Seluruh ciptaan alam
adalah milik Allah swt. Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan
alam milikNya.Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian
diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya.
· Seterusnya, kaitan antara
projek sains kami iaitu jet hidraulik dengan prinsip syariah Rabbaniah ini
ialah kami membina projek ini berpandukan konsep,hukum,peraturan,nilai dan
prinsip yang terkandung dalam islam yang secocok dengan keperluan manusia.
· Kami juga membina
projek ini tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran
semua umat manusia.
· Oleh itu, islam
menyarankan kita agar sentiasa menerapkan prinsip ketuhanan ini dalam membina
atau menciptakan sesuatu supaya kita terus mengabdikan diri kepada Allah swt
dan menyedari akan keagunganNya.
Tawazun [ Keseimbangan ]
· Keseimbangan dalam
syariah islam bermaksud segala kandungan adalah mengimbangi antara keperluan
manusia di dunia dan di akhirat.
· Contohnya, dalam
kehidupan seharian kita perlu mengimbangi antara dunia dan akhirat seperti
apabila tiba bulan ramadham kita sebagai umat islam diwajibkan berpuasa di
bulan ramadhan selama sebulan kerana Allah tidak membebankan umat Islam dengan
tidak mewajibkan kita berpuasa selama setahun tetapi hanya sebulan dari setahun
itupun bukannya berpuasa sepanjang hari tanpa boleh berbuka.
· Selain itu , manusia
diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu
yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan
dilaksanakan secara paling baik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi,
pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
· Keseimbangan ini
menuntut saintis dan jurutera mengimbangkan keperluan manusia di dunia bagi
menjadi bekalan di akhirat nanti.
· Projek yang kami
hasilkan ialah jet hidraulik seperti kita tahu ia sejenis alat yang menggunakan
sistem hidraulik untuk mengangkat atau menggerakkan objek menggunakan daya yang
dicipta apabila tekanan dikenakan ke atas cecair dalam omboh. Cara kami untuk
menyeimbangkan bahan atau beban yang diletakkan di atas lift hidraulik ialah
kami meletakkan air dalam pam ram untuk membentuk tekanan tertentu, melalui
injap kesimbangan memasuki ke bahagian bawah silinder cecair, supaya gerakan
omboh silinder ke atas agar dapat mengangkat berat beban atau bahan tersebut.
Teknologi jet hidraulik mempunyai banyak aplikasi perindustrian, seperti
pembinaan dan pengangkutan. Ia sering digunakan untuk mengendalikan jentera
berat atau bergerak dan mengangkat objek berat dan besar seperti kereta dan
banyak lagi.
Mizan [ Kesetaraan ]
· Mizan yang bermaksud
kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya
bagi sesuatu perkara.
· Kesetaraan dalam
syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan
keperluan dunia dan akhirat.
· Kesetaraan dalam
syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar
hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.
· Setiap perkara yang
dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut
sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
· Berdasarkan apa yang
telah saya fahami tentang Mizan adalah dalam setiap perkara perlulah mempunyai
keseimbangan atau keadaan yang setara . Apa yang dapat saya terangkan disini
tentang maksud mizan jika dikaitkan dengan projek Jet Hidraulik adalah setiap
alatan yang digunakan di dalam projek mempunyai fungsi tersendiri di dalam
kedudukan yang betul.
· Contoh yang dapat
digambarkan di dalam projek ini adalah apabila tekanan dikenakan pada pam omboh
pertama , cecair didalam omboh pertama akan mengalir keluar melalui tiub dan
masuk ke dalam omboh kedua , tekanan yang dihasilkan daripada kemasukan cecair
ke dalam dalam omboh kedua tadi akan menolak keluar pam omboh kedua yang
dikenakan
pada kayu bahagian bawah
jet. Pam omboh kedua akan menolak batang tersebut dan menjadikan lift
terangkat. Apabila pam omboh pertama ditarik semula cecair tadi akan disedut
semula ke dalam omboh pertama dan pam omboh kedua akan masuk semula di dalam
omboh dan lift pun akan turun semula.
· Dengan adanya prinsip
syariah ini iaitu kesetaraan , projek dapat berfungsi dengan sempurna kerana
mempunyai keseimbangan dan kesetaraan bagi setiap bahan.
KAITAN
PROJEK SAINS DENGAN PERANAN SYARIAH ISLAM
Memelihara nyawa
Nyawa merupakan ciptaan
unik kepada kejadian manusia yang menjadi keutamaan untuk dipelihara
melaksanakan tanggungjawab khalifah.Syariat Islam mengharuskan segala benda
yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu
yang boleh merosakkan nyawa manusia. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh
merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh
membunuh atau merosakkan diri manusia.
Dalam waktu yang sama,
Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan
dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang
halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan
yang bersifat abstrak
seperti zikrullah akan menyihatkan badan dan memelihara nyawa manusia.Apa yang
boleh dikaitkan peranan syariah islam memelihara nyawa dengan projek sains
ciptaan kami ‘JET HIDRAULIK ’ ini adalah kami tidak menggunakan bahan-bahan
yang merbahaya serta boleh mengancam dan membunuh nyawa manusia . Malah projek
ini
dapat memberikan
kesihatan dan kekuatan kepada manusia dengan meringankan kudrat tenaga manusia
dalam melakukan kerja . Hal ini kerana alat ciptaan kami iaitu Jet Hidraulik
ini adalah berfungsi sebagai satu alat pengangkutan yang biasanya digunakan di dalam
kejuruteraan serta di dalam kerja-kerja pembinaan yang digunakan untuk
mengangkat sesuatu yang berat . Selain itu , ia juga boleh digunakan untuk
memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh hal yang
demikian , alat ciptaan projek kami ini tidak membahayakan nyawa manusia tetapi
dapat membantu manusia memelihara nyawa dan kesihatan mereka .
Memelihara Akal
Akal merupakan anugerah
utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya.
Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan
pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan seperti arak , pil-pil yang
mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakan ketajaman minda . Segala aktiviti
dan tindakan yang boleh mengancam keaslian , kemampuan dan keselamatan akal
adalah haram di sisi syariat Islam . Saintis , teknokrat dan jurutera hendaklah
menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Memelihara
akal yang boleh saya kaitkan dengan projek ciptaan ini adalah apabila kami
sekumpulan dapat menggunakan akal dengan baik iaitu kami
sekumpulan dapat
bersama-sama berfikir , membuat research serta berkongsi idea tentang projek
yang ingin kami hasilkan ini . Akhirnya , kami berjaya menyiapkan projek ini
dengan mencipta satu alat iaitu yang dinamakan Jet Hidraulik. Projek yang
dihasilkan ini adalah sebagai demo untuk alat teknologi moden sekarang yang
berfungsi memudahkan pelbagai kerja pada generasi sekarang .
Kesimpulannya , jelaslah
bahawa cara berfikir dan ilmu pengetahuan yang baik serta bermanfaat dapat
memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain di samping dapat memelihara
akal .
Memelihara harta
Syariah islam dengan
tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta
sesorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir,
menspekulasi pasaran model. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi
setiap muslim yang telah mencapai kelayakan supaya harta yang dikumpulkan
mendapat keberkatan
daripada Allah SWT. Dalam hal ini, Allah tidak mewajibkan zakat ke atas seluruh
umat islam tetapi hanya ke atas mereka yang berada atau berkemampuan.Pencarian
harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat untuk menjadi kaya
bukan asbab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Contohnya,apa yang
boleh dikaitkan dengan projek dan tugasan kami ini ialah kami bersepakat untuk
mengumpul wang untuk membeli
bahan-bahan dalam
mencipta projek jet hidraulik.Kos yang kami keluarkan untuk membuat projek ini
tidaklah begitu mahal kerana kami mengamalkan konsep memelihara harta agar
tidak membazir seperti
dalam firman Al-Quran, surah Isra’ ayat 27 telah menceritakan tentang
pembaziran. Allah SWT telah menegaskan pembaziran dikaitkan dengan tabiat
makhluk yang abadi dilaknati iaitu syaitan. Maka ia sangat serious dan berkait
lansung dengan kekufuran
kepada Allah SWT dan mengingatkan bahawa syaitan adalah musuh umat Islam yang
sebenarnya.
KAITAN
PROJEK SAINS DENGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM
Utamakan Yang Utama
Islam menjadikan
Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mengelakkan kemudaratan
demi mencari kemaslahatan(manfaat/kebaikan) adalah sangat diutamakan. Mendahulukan
yang wajib daripada yang sunat. Sebagai contoh, perintah Allah SWT berkaitan
solat adalah perkara utama yang wajib dilaksanakan berbanding yang lain. Allah
SWT memerintahkan umat Islam mengerjakan solat dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan dirikanlah solat
pada dua bahagian siang(pagi dan petang) dan pada permulaan malam.’’(Surah
Hud,ayat 114). Solat adalah kewajipan yang menjadi keutamaan kepada setiap umat
Islam, malah melaksanakan solat di awal waktu menjadi tuntutan yang mesti
dilaksanakan. Sebarang
kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada
memelihara peranan syariah. Selain itu, para saintis,teknorat serta jurutera
seharusnya meletakkan keutamaan memakmuran alam daripada mencari keuntungan dan
kemahsyuran.Seterusnya, kaitan diantara projek sains kami dengan pelaksanaan
syariah ini ialah kami mengutamakan alat untuk membuat projek itu
berfungsi dengan baik terlebih
dahulu kemudian baru kami menyediakan alat untuk mencantikkan projek
tersebut.Kita tidak diwajarkan besar-besarkan perkara kecil. Apa yang wajar
didahulukan hendaklah diutamakan, manakala suatu yang wajar dikemudiankan
hendaklah dikemudiankan.
Dengan kata lain, tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara
berimbangan dan adil sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud; “Dan Allah
telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan
melampaui batas mengenai neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil
dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (Surah ar-Rahman, ayat 7-9)
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati
Syariat Islam menetapkan
prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia.
Perkara ini dituntut oleh syariat Islam bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.
Contohnya Islam
mengharamkan perbuatan mendekati zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa
kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan
lahirnya anak luar nikah.Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan
hendaklah mempunyai prinsip pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga
akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah
pencegahan dianggap remeh.
Jelaslah bahawa projek
kami iaitu Jet Hidraulik ini juga merupakan salah satu langkah pencegahan bagi
manusia dari mengalami sesuatu perkara yang tidak diingini. Sudah terang lagi
bersuluh Jet Hidraulik ini digunakan oleh manusia bagi memudahkan manusia
mengangkat sesuatu benda
yang berat dan tidak mampu diangkat dengan menggunakan tenaga manusia. Seperti
dalam industri perkilangan dan pembuatan yang mempunyai banyak barangan berat.
PEMBAHAGIAN
TUGAS PENERANGAN
i) Kaitan projek sains
dengan prinsip syariah Islam
Tawazun - Arif Danial
Tetap Dan Anjal - Adam Solehin
Wasatiah - Asyraf Hakimi
ii) Kaitan projek sains
dengan peranan syariah Islam
Memelihara nyawa - Arif Danial
Memelihara harta - Adam Solehin
Memelihara Akal - Asyraf Hakimi
iii) Kaitan projek sains
dengan pelaksanaan syariah Islam
Mencegah lebih baik dari mengubati - Arif
Danial
Matlamat tidak menghalalkan cara - Adam
Solehin
Utamakan yang utama - Asyraf Hakimi
KESIMPULAN
Kesimpulannya , kami
telah berjaya mencipta projek kami dan menyelesaikan tugasan ini serta
menghasilkan blog ini dengan baik. Kami telah mempelajari prinsip syariah Islam
dalam sains teknologi dan kejuruteraan di dalam subjek MPU23052 iaitu Sains Teknologi
dan Kejuruteraan dalam Islam yang telah diajar oleh pensyarah kami iaitu Puan
Norma binti Che Hasan.Berdasarkan apa yang kami pelajari dan kami fahami , kami
dapat memahami dan mengaitkan semua prinsip syariah , peranan syariah dan
pelaksanaan syariah dengan projek ciptaan kami iaitu Jet Hidraulik. Manusia
perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam adalah lebih
luas daripada pembangunan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar kerana ia bukan
sahaja memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah
lebih penting daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur
luaran manusia. Antara akal dan nafsu dengan anggota lahiriah, rohani dan
pancaindera yang lain. Interaksi murni di antara dua unsur yang
bertanggungjawab pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT ini sahajalah yang
dapat melahirkan amal dan tingkah laku manusia yang selamat pembangunannya. Syariah
Islam diturunkan bagi mendidik dan membangunkan manusia supaya mereka maju di
dunia dan di akhirat. Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas
pembangunan ummah kerana memiliki ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Ia
merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. Merangkumi hubungan antara manusia
dengan tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah Islam juga tidak
membebankan umatnya. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah
ayat 286. Setiap
peraturan mahupun
ketetapan yang ada di dalam syariat Islam adalah masih berada dalam ruang
lingkup kemampuan manusia sama ada ibadahnya mahupun undang-undang. Selain itu,
syariah Islam juga bersifat konterstual ataupun dilaksanakan oleh kudrat
manusia.
Comments
Post a Comment